Salam sejahtera. Syukur kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah kerana membenarkan kita terus berada di sini.
Dasar Pertanian Negara Ke 3 telah menumpukan kepada memaksimakan pengeluaran bahan makanan tempatan termasuklah pengeluaran daging kambing. Sehubungan dengan itu, dengan berpandukan sokongan, panduan dan galakan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan, maka KUPRUM (Kumpulan Usahawan Peternakan Ruminan Malaysia) telah dibentuk dengan hasrat memainkan peranan untuk mempertingkatkan penghasilan sumber bahan makanan negara dan juga ekonomi para usahawan sendiri.
Menyedari aktiviti peternakan tradisional secara kecil-kecilan adalah tidak ekonomik, maka KUPRUM telah merangka program SUPPRIM (Skim Upah Pawah Peternakan Ruminan Moden) supaya bidang ini dapat diusahakan secara berskala besar dan memberikan keuntungan yang maksima kepada penternak.
Matlamat utama SUPPRIM adalah untuk memenuhi unjuran permintaan daging kambing yang dijangka mencapai 21.30 ribu metric ton pada tahun 2010. Selain itu, KUPRUM juga berhasrat untuk merealisasikan wawasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu mewujudkan 10,000 usahawan tani pada tahun yang sama.
terima Kasih.
1 comment:
saya berminat menyertai program ini .bagaimana nak daftar?
Post a Comment